Hot FM

PARIS 2024: Beregu campuran ada peluang mara separuh akhir


Chen Tang Jie Toh Ee Wei
Beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei, ada kelebihan untuk menumpaskan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun. (Gambar AP)

PARIS: Beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei dilihat mempunyai peluang baik mara ke separuh akhir temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Berdasarkan undian peringkat kalah mati diadakan di Porte de La Chapelle Arena malam ini (awal pagi Selasa waktu Malaysia), pasangan nombor sembilan dunia itu bakal menentang gandingan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, pada Rabu.

Berdasarkan rekod pertemuan, Cheng-Toh mempunyai kelebihan apabila memenangi dua aksi terakhir daripada tiga perlawanan ke atas Won Ho-Na Eun.

Selepas tewas dalam aksi pertama menentang pasangan Korea itu pada Terbuka Jerman, Cheng-Toh mencatatkan kemenangan di Kejohanan Asia dan Terbuka China, semuanya pada 2023.

Sekiranya melepasi halangan Won Ho-Na Eun, beregu negara akan bertemu pemenang beregu utama Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version