
Kediaman di Kuala Lumpur sedang mengalami perubahan. Keinginan untuk memiliki ruang pintar, selesa dan memiliki rumah seakan di tempat percutian mencetuskan trend gaya hidup baharu di bandar. Semua ini membentuk semula kehidupan kota metropolitan Kuala Lumpur pada hari ini.
Taman Melawati, kawasan yang kaya dengan sumber alam dan pemandangan indah. Terletak berhampiran pusat bandar, ia bersempadan dengan Zoo Negara yang ikonik dan dikelilingi bukit menghijau: Bukit Tabur, Pusat Rekreasi dan Chalet Lembah Kemensah, serta air terjun Jeram.
Berlatarbelakangkan pemandangan hijau, inilah Park One, projek dan ciri terbaharu Sime Darby Property, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Kondominium mewah 234 unit ini terletak hanya bersebelahan dengan Melawati Mall, akan menjadi pembangunan terbaharu Sime Darby Property yang menyediakan konsep kualiti hidup yang menggabungkan kerja dan gaya…