Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Parkir di laluan pejalan kaki, senator mohon maaf, sedia dikompaun

today24 July 2024

Background


Awal hari ini, tular gambar dikongsi seorang pengguna laman sosial X memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik Ahli Parlimen diletakkan di laluan pejalan kaki. (Gambar X)

PETALING JAYA: Senator Hasbie Muda hari ini memohon maaf dan sedia diambil tindakan atas kejadian kenderaan diletakkan secara haram di laluan pejalan kaki, yang tular baru-baru ini.

“Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh.

“Saya amat menyesali kesulitan yang telah timbul dan bersedia dikenakan kompaun,” kata ketua Pemuda Amanah itu di Facebook.

Beliau turut berjanji kejadian itu tidak akan berulang.

Awal hari ini, tular gambar dikongsi seorang pengguna laman sosial X memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik Ahli Parlimen diletakkan di laluan pejalan kaki.

Gambar itu mengundang kecaman warganet yang mempertikai tindakan yang juga dikatakan mengganggu akses golongan OKU itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Syakir sedia ganti tempat Safawi

Kuala Terengganu: Penyerang Terengganu FC (TFC), Engku Muhammad Nur Syakir Engku Yacob sedia menggalas tugas ditinggalkan Safawi Rasid apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.

today24 July 2024