Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Parkir Dipenuhi Kenderaan Rosak & Usang Menyusahkan Penduduk Di Kawasan Pangsapuri

today19 May 2025

Background


Menerusi laporan Harian Metro, itulah isu yang sekian lama dihadapi oleh penduduk-penduduk di kawasan perumahan Pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam, mendatangkan pelbagai masalah seperti kekurangan tempat letak kenderaan, menjadi tempat tumpuan haiwan berbisa dan terpaksa parkir jauh di bahu jalan sehingga menimbulkan masalah laluan keluar masuk menjadi sempit.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7, Sahrum Ayumi Yusoff berkata penduduk di lebih daripada 50 blok pangsapuri terkesan dengan masalah ini terutamanya di Pangsapuri Nilam Sari yang dikesan mempunyai kenderan tersadai lebih daripada lima tahun.

“Di kawasan Pangsapuri Nilam Sari saja, terdapat lebih 100 kenderaan rosak, tersadai dan ditinggalkan begitu sahaja, sama ada kereta, motosikal dan van, yang kebanyakannya diletakkan di petak parkir.

“Semua kemungkinan ada, sama ada ia milik penduduk masih menghuni, ditinggalkan penduduk yang berpindah atau sengaja ditinggalkan. Ada juga penghuni beli kereta lain,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post