Soalan itu akan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) kepada menteri kewangan pada sesi soal jawab.

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga hari ini, antara lain bakal membincangkan mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut bagi pembangunan negara.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) kepada menteri kewangan pada sesi soal jawab.
Turut tersenarai, soalan daripada Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang meminta menteri luar menyatakan langkah yang akan diambil kerajaan bagi mengembalikan kegemilangan, kedudukan dan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa termasuk Asean yang dilihat semakin terpencil serta tidak dinamik seperti pada era 1980-an dan 1990-an.
Mohd Sany…
