

Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin menafikan dakwaan bahawa parti baharunya Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Hamzah berkata beliau mengambil alih parti yang sudah diluluskan pendaftarannya dengan JPPN cuma nama sahaja ditukar.
“Saya ambil alih parti, (cuma) nama sahaja ditukar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan bersama Ahli Parlimen pembangkang di Ibu Pejabat PAS.
Beliau mengulas dakwaan termasuk oleh pemimpin Bersatu yang mengatakan Wawasan yang diumumkan minggu lalu sebagai parti ‘scam’ kerana ia belum berdaftar dengan JPPM.
Pada 13 Jun lalu, Hamzah mengumumkan beliau menyertai sebuah parti baharu, dikenali sebagai Parti Wawasan Negara.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, beritahu FMT bahawa Hamzah…