
Proses pendaftaran Parti Keluarga Malaysia yang dikatakan akan diambil alih ketua pembangkang, Hamzah Zainudin sedang dilaksanakan, selepas permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 2022.
“Saya dimaklumkan prosesnya sedang digerakkan dan saya dimaklumkan tiada masalah atau halangan untuk kita menyertai parti terbabit,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, yang menyertai rundingan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia dengan ketua pembangkang, Hamzah Zainudin.
“Jika ada isu (teknikal dan pendaftaran), kita akan selesaikan segera,” katanya menurut Berita Harian.
Kelmarin, Hamzah mengesahkan perbincangan untuk mengambil alih Parti Keluarga Malaysia sedang berjalan, selepas Pengasasnya, Khairi Jaya dilaporkan…