Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Parti kerajaan perpaduan bincang perkukuh jentera PRK KKB, kata Saifuddin

today16 April 2024

Background


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Perpaduan malam ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Sekretariat Perpaduan yang diadakan malam ini membincangkan persediaan memperkukuh jentera dan gerak kerja parti dalam kerajaan perpaduan untuk menghadapi PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata hasil mesyuarat dipengerusikannya akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap presiden PKR.

“Perbincangan malam ini berlangsung dengan cukup baik dan harmoni, juga adalah sebahagian daripada terjemahan kepada persefahaman yang ‘intact, compact and functioning’,” katanya di Facebook.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post