
SHAH ALAM: Sebuah parti politik baharu dikenali sebagai Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) dilancarkan secara rasmi dengan ahli perniagaan Danial Marnokaran Abdullah dinamakan sebagai presiden.
Dalam majlis perlancarannya, Danial berkata parti itu ditubuhkan ‘untuk mencabar status quo politik elit di negara ini’.
“Hari ini, kalau nak ceburi politik akan ditanya mengenai latar belakang, satu soalan akan ditujukan, siapa kamu, dan siapa dibelakang kamu. Hanya mereka yang memiliki pengaruh tertentu diterima,” katanya dalam ucapannya.
“Dalam Bersama, kami memberi inspirasi untuk menyediakan platform kepada sesiapa yang mahu berkhidmat kepada rakyat. Tiada lagi politik yang diwarisi.”
Pada Jumaat lalu, FMT melaporkan satu parti pelbagai bangsa disokong oleh kumpulan profesional muda akan diperkenalkan bagi memberi ‘suara yang lebih segar’…