
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyeru perwakilan melihat betapa isu perkauman dan agama menjadi modal kempen parti tertentu sehingga ke tahap ekstrem, dan mengajak mereka menyatakan pendirian tegas.
“Kita tidak boleh membiarkan masa depan Malaysia dicorakkan oleh ‘golongan kanan’ atau ‘golongan kiri’,” katanya kepada perwakilan Pemuda, Wanita, dan Puteri di perasmian perhimpunan agung sayap Umno malam tadi.
“Malaysia mesti dikembalikan ke ‘tengah’…DNA Malaysia ialah kesederhanaan.”
Beliau berkata melantik seorang dua Cina dan India, rakyat Sabah dan Sarawak dalam Jemaah Menteri bukan cara mengembalikan kesederhanaan itu.
“Kita perlukan Jemaah Menteri Malaysia yang sejati, dengan aspirasi demi Malaysia,” katanya.
Mohamad mengingatkan perwakilan bahawa sokongan bukan Melayu terhadap…