
PETALING JAYA: Tiga ahli akademik melihat halangan dalam satu parti berbilang kaum, seperti yang dicadangkan oleh pengarang politik Lim Teck Ghee untuk menamatkan politik berdasarkan kaum dan agama.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, mengakui parti sebegitu mampu memberikan kestabilan politik kerana struktur kepimpinannya yang kurang rumit berbanding gabungan yang sentiasa ada satu parti dominan.
“Dalam Barisan Nasional (BN), ia Umno dan dalam Pakatan Harapan (PH), ia PKR dan kadangkala DAP,” katanya.
Azmi berkata perbezaan ideologi dan ketidaksamaan pengaruh antara parti komponen yang berbeza akan menghalang pembentukan parti tunggal berbilang kaum.
Katanya, PKR adalah yang paling hampir dengan idea itu tetapi masih belum membuktikan dirinya bebas daripada…