

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata partinya akan membantu bekas pemimpin Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, di mana sahaja beliau bertanding pada pilihan raya akan datang.
Fadhli membuat kenyataan itu di ruang komen Facebook milik Ahli Parlimen Tasek Gelugor terbabit.
“Di mana dia bertanding, PAS akan bantu,” katanya Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjawab soalan salah seorang pengguna di hantaran Wan Saiful berkenaan.
Wan Saiful dalam hantaran Facebook itu menjawab persoalan dibangkitkan bekas setiausaha sulit Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, yang mendakwa Hamzah sebagai punca Bersatu berpecah belah.
Sokongan oleh Fadhli itu menyusul ketika PAS dikatakan sedang mengkaji hubungan dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
Presiden Hadi Awang pada 22 Mei lalu memberi amaran kepada Bersatu kesabaran PAS ‘ada batas’…