
PETALING JAYA: PAS menganggap pengasas PKR Syed Husin Ali sebagai seorang pemimpin sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara, sambil menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar.
Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata Syed Husin adalah seorang patriot dan menjadi teladan unggul kerana sikapnya tidak mementingkan diri.
“PAS menerima berita pemergian Syed Husin awal pagi ini dengan hati yang berat dan sedih.
“PAS percaya perasaan yang sama turut dikongsi banyak pihak lain atas jasa, sumbangan dan peribadi mulia beliau sepanjang hayatnya baik sebagai ahli akademik, pemikir, aktivis sosial, ahli politik, penulis mahupun sebagai seorang kawan,” katanya dalam satu kenyataan.
Syed Husin, 87, sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dirawat di Hospital Selayang sebelum menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Beliau menjadi…