Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PAS arah ahli undi MCA, MIC, kata Tuan Ibrahim

today4 July 2026

Background


tuan ibrahim tuan man
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keutamaan PAS adalah mengelak DAP menguasai kawasan ditandingi pada PRN Johor. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

PAS mengarahkan ahli dan penyokong mengundi calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC pada PRN Johor bagi menidakkan peluang Pakatan Harapan (PH) terutama DAP membentuk kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata arahan mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) turut terpakai untuk calon bukan Melayu.

“Bila kita tidak bertanding di semua kerusi, kena ada satu pengarahan yang jelas bagi mengelak PH menang di PRN Johor yang membuka pintu kepada DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Jadi, kita beri undi kepada BN di kerusi yang ditandingi calon-calon bukan Melayu. Keutamaan kita adalah mengelak DAP menguasai kawasan itu,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Pasir Mas.

PAS bertanding di 11 DUN pada PRN Johor, berbanding 15 sebelumnya….

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post