
PAS mengarahkan ahli dan penyokong mengundi calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC pada PRN Johor bagi menidakkan peluang Pakatan Harapan (PH) terutama DAP membentuk kerajaan negeri.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata arahan mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) turut terpakai untuk calon bukan Melayu.
“Bila kita tidak bertanding di semua kerusi, kena ada satu pengarahan yang jelas bagi mengelak PH menang di PRN Johor yang membuka pintu kepada DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.
“Jadi, kita beri undi kepada BN di kerusi yang ditandingi calon-calon bukan Melayu. Keutamaan kita adalah mengelak DAP menguasai kawasan itu,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Pasir Mas.
PAS bertanding di 11 DUN pada PRN Johor, berbanding 15 sebelumnya….