
Naib Presiden PAS Idris Ahmad menolak pelawaan parti itu menyokong kerajaan perpaduan, sambil menegaskan mengenai prinsip.
Bahkan, Idris menyindir cadangan Amanah supaya PAS menghentikan kerjasama dengan Umno dan sebaliknya menyokong kerajaan perpaduan, sambil menyifatkannya ‘gesaan itu merupakan antara mauduk paling menghiburkan minggu ini’.
“PAS bukan parti yang tidak mempunyai pendirian sehingga mudah berubah haluan hanya kerana pelawaan politik.
“PAS mempunyai dasar, prinsip, dan hala tuju perjuangan. Kerjasama politik dinilai berdasarkan kepentingan agama, rakyat dan negara, bukan kerana pujukan atau tawaran pihak tertentu,” katanya dalam hantaran Facebook.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu turut berkata, partinya tidak pernah membincangkan soal menyertai PH atau menyokong perdana menteri pada…