

PAS dan Bersatu dilihat cuba menguasai Perikatan Nasional (PN) kerana mahu mengekalkan penggunaan logo gabungan itu pada pilihan raya yang lebih menguntungkan berbanding bertanding panji sendiri, kata penganalisis.
Mazlan Ali berkata, jenama PN dilihat kukuh menerusi kemenangan 74 kerusi pada PRU15 dengan PAS menjadi pemenang terbesar apabila memperoleh 43 Parlimen berbanding 18 sebelumnya, selain membolehkannya menembusi pantai barat.

Menurut penganalisis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin juga mahu kekal menggunakan logo berkenaan susulan prestasi baik dengan lonjakan daripada 12 kerusi pada PRU14 kepada 31 Parlimen menerusi PRU 2022.
Untuk rekod PAS bertanding bawah logo ‘bulan’ pada PRU14 manakala Bersatu tidak pernah menggunakan panjinya sendiri sejak ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu. Pada 2018, calonnya…