Hot FM

PAS, Bersatu bimbangkan banjir, bukannya takut hilang jawatan, kata Saifuddin



Saifuddin Abdullah berkata, isu banjir menjadi kebimbangan PAS dan Bersatu menolak PRU diadakan tahun ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bersatu dan PAS menolak cadangan pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini kerana khuatir isu banjir, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menolak dakwaan bahawa menteri Bersatu dan PAS takut kehilangan jawatan yang mendorong mereka untuk menolak cadangan PRU pada tahun ini.

Saifuddin berkata keputusan menolak cadangan untuk PRU diadakan pada tahun ini didorong dengan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan wujud kemungkinan berlaku banjir pada hujung tahun ini.

“Kami menteri-menteri Bersatu dan PAS tak ada isu jawatan sebab jawatan ini hanya sementara, dan ia bukan milik kami pun, sebaliknya hak parti.

“Kami ini wakil parti saja, jadi kalau parti kata jadi, jadilah (menteri).

“Pada kami, kami tidak pernah bincang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version