Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘PAS, Bersatu tak peduli pun pasal Najib’, kata wakil Umno

today30 December 2024

Background


Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan Ghulam Muzaffar Gulam Mustakim berkata PAS dan Bersatu cuba meraih keuntungan politik dengan mengadakan dan menghadiri perhimpunan menyokong Najib Razak. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno meremehkan perhimpunan diketuai PAS yang dirancang pada 6 Jan untuk menyokong Najib Razak, sambil mempersoalkan hasrat parti itu dan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Bersatu.

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Gulam Mustakim, berkata adalah pelik apabila pemimpin kedua-dua parti mula bercakap untuk menyokong Najib, apabila mereka sebelum ini berkempen supaya beliau didakwa dan dipenjara.

Ghulam Muzaffar berkata adalah jelas bahawa PAS mahupun Bersatu sebenarnya tidak peduli tentang kes bekas perdana menteri itu, tetapi hanya cuba meraih keuntungan politik.

“Sejak dari awal kes ‘Bossku’, mereka semua ini sepi tanpa berita, menjauh beribu batu dan kononnya tak nak terpalit dengan kes mahkamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post