Hot FM

PAS dah berubah, gabungan dengan Bersatu bukan beban, kata Wan Fayhsal



Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kepimpinan utama PAS bukan dalam kalangan ustaz sahaja.

PETALING JAYA: Gabungan dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan beban bagi Bersatu kerana parti itu sudah berubah, apatah lagi dengan pengalaman politiknya yang cukup panjang, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Saya tak rasa itu satu beban langsung kerana PAS sudah berubah dan ia antara satu parti yang cukup lama di tanah air. Parti itu dah matang dan telah melalui banyak episod politik di negara kita.

“Kepimpinan utama PAS bukan dalam kalangan ustaz sahaja. Lihat menteri mahupun timbalan menteri di persekutuan yang mewakili PAS dalam Perikatan Nasional, mereka terbukti boleh buat kerja profesional,” kata Ketua Pemuda Bersatu itu dalam wawancara dengan Astro Awani.

Beliau berkata, orang ramai tidak boleh dimomokkan dengan propaganda lama bahawa PAS sudah lapuk atau parti itu terdiri daripada golongan “pak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version