
PETALING JAYA: PAS melabel DAP sebagai parti lebih rasis, selain memusuhi Islam kerana didakwa mahu memulihkan Perlembagaan kepada rangka kerja “sekular yang asal”, kata Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin.
Katanya, DAP memiliki rekod buruk membabitkan Islam dan masyarakat Melayu berbanding pentadbiran PAS yang disifatkan bukan anti-Cina dan bukan Islam dengan memberikan contoh terletaknya di Kelantan patung Buddha terbesar di Asia, manakala di Terengganu, dihapuskan cukai gerbang kampung Cina, pada 1999.
Sambil menggelar DAP sebagai chauvinis, beliau mendakwa parti itu “memusuhi” pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355).
Katanya, tindak tanduk DAP yang menyokong ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum…