
Bersatu mendakwa ia menghubungi PAS tiga kali untuk meminta nasihat, berbincang dan maklum balas berhubung krisis Negeri Sembilan, susulan pertikaian mengenai penarikan sokongan Adun Bersatu untuk bersama Umno.
Biro politik Bersatu menerangkan PAS tidak memberi maklum balas kepada cadangan Bersatu maka ia membuat keputusan berdasarkan pendirian bahawa kerjasama tidak boleh diadakan dengan Umno kerana parti itu tidak memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya lagi, Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali memberikan jawapan mengenai kronologi peristiwa dan perbincangan dengan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum dan selepas kemelut, dalam mesyuarat majlis tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) pada 16 Mei.
“Mesyuarat MT PN seterusnya mengambil maklum penjelasan yang telah dibuat oleh…