PETALING JAYA: PAS Johor menegaskan tidak timbul soal boikot kerana mereka akur dengan keputusan pucuk pimpinan membenarkan Bersatu bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK Mahkota 28 Sept ini.
Pesuruhjayanya, Abdullah Husin berkata PAS Johor tidak akan merayu terhadap keputusan muktamad pucuk pimpinan itu.
“Kita dari awal sudah putuskan kita serah kepada pusat buat keputusan akhir dan bila pusat buat keputusan, sudah pasti telah mengambil kira pelbagai faktor, jadi kita terima,” kata Abdullah yang juga naib pengerusi PN Johor kepada FMT.
“Kita akan bantu menangkan calon PN di PRK Mahkota, tak berbangkit soal boikot ke apa sebab beberapa pilihan raya kita guna lambang PN, jadi siapa saja calon, mereka tetap dari PN.”
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, PN memutuskan Bersatu…