Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PAS Kedah sokong Sanusi haram kedai judi

today9 July 2024

Background


kedai judi 4d
Ketua PAS Kedah Ahmad Yahaya percaya keputusan kerajaan negeri mengharamkan kedai judi tindakan tepat.

PETALING JAYA: PAS Kedah menyokong keputusan Menteri Besar Sanusi Nor menutup semua premis nombor ekor 4D dan kedai perjudian di negeri itu, selepas Mahkamah Tinggi memutuskan tindakan tersebut tidak berperlembagaan.

Ketua PAS Kedah, Ahmad Yahaya, percaya keputusan kerajaan negeri tindakan tepat dan berkata, tiada agama yang membenarkan penganutnya berjudi kerana tidak membawa kebaikan kecuali keuntungan yang dibolot operator premis judi.

“Kami kesal dengan tindakan syarikat perjudian yang hanya memikirkan keuntungan sendiri sehingga mengetepikan kesan ketagihan judi yang merosakkan keharmonian dan keutuhan bermasyarakat di negeri ini.

“PAS Kedah menyokong langkah kerajaan negeri menggunakan jalan perundangan untuk mempertahankan keputusan yang dibuat itu,” katanya dalam kenyataan.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu memutuskan tindakan kerajaan negeri tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post