
PETALING JAYA: PAS harus akur keputusan mahkamah membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (I) Kelantan melambangkan kelemahan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan.
Dalam kenyataan, Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata PAS bukan sahaja tidak mengakui kelemahan pentadbirannya menggubal undang-undang jenayah syariah di Kelantan, malah mengelirukan rakyat dengan dakwaan ‘mahkamah syariah dicabar’.
“Rakyat Kelantan perlu persoalkan siapa Ahli-ahli DUN yang meluluskan EKJS ini dan siapa speaker Dewan Kelantan yang mengendalikan sidang DUN ketika itu dan siapa penasihat undang-undang yang dirujuk waktu itu.
“Secara moral perundangannya, pembatalan 16 peruntukan dalam EKJS oleh Mahkamah Persekutuan adalah kegagalan fungsi Adun dan speaker sekali gus mencalarkan imej…