
PETALING JAYA: Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man menuduh Umno “makan kawan” hanya membuka pekung PAS yang selama ini tamak ingin “dominan” dalam setiap gabungan disertainya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata PAS sebenarnya yang suka menikam “kawan dari belakang” seperti mana yang dilakukan kepada Semangat 46, DAP, dan Pakatan Rakyat.
“Sebab itu PAS ada trek rekod buruk bila bekerjasama. Mereka boleh tinggalkan Semangat 46, DAP dan Pakatan Rakyat.
“Bila tertubuh Muafakat Nasional PAS main dua lawang. Mereka tandatangan piagam Muafakat Nasional dengan Umno. Dalam masa sama mereka menyertai PN. Maka siapa tikam siapa?” katanya kepada FMT.
Puad ketika mengulas lanjut, berkata dakwaan Umno “makan kawan” dibuat timbalan presiden PAS itu juga tidak tepat.
“Kenapa bagi contoh pertukaran kerajaan di Perak tetapi tidak sentuh Kedah….