

Platform Perikatan Nasional (PN) mungkin menjadi kunci kepada cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya, kata penganalisis politik.

Penganalisis Asrul Sani berkata jenama PN boleh membantu PAS melembutkan imej dogmatiknya dan menarik sokongan yang lebih luas, manakala ahli akademik Azmil Tayeb berpendapat ia boleh menjadi jambatan ke kawasan yang masih belum ada pengaruh besar daripada parti itu.
Mereka berkata perkara itu boleh membantu parti Islam tersebut memperoleh pengaruh di kerusi separa bandar, sekali gus membolehkannya berkembang melangkaui kawasan kubu tradisinya.
Asrul yang juga naib presiden di penyedia perkhidmatan perunding The Asia Group, memberitahu FMT bahawa PAS akan mengehadkan jangkauannya jika bertanding menggunakan panji sendiri, sekali gus menjejaskan hasrat untuk…