
Bersatu tidak akan berdiam diri selepas dua pemimpinnya dilucutkan daripada jawatan utama Perikatan Nasional (PN), tindakan dilihat memberi kemenangan pusingan pertama kepada PAS dalam krisis dalaman gabungan itu, kata penganalisis.
Mazlan Ali berkata, langkah melucutkan khidmat Radzi Jidin sebagai ketua pengarah pilihan raya PN dan Azmin Ali, timbalan setiausaha agung menunjukkan PAS mula menggunakan kedudukan strategiknya dalam PN untuk mengecilkan pengaruh Bersatu.
Beliau merujuk kedudukan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN yang menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Februari lalu.
“Untuk pusingan pertama ini, PAS sudah menang. Pelucutan ini saya jangka memulakan suatu bentuk tindak balas daripada Bersatu,” katanya kepada FMT.
Mazlan berkata, Bersatu mungkin cuba mendapatkan sokongan…