
SHAH ALAM: PAS menepis tuduhan seorang menteri konon peruntukan diminta wakil rakyat pembangkang untuk membayar pencipta kandungan di TikTok.
Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata pencipta kandungan TikTok yang menyokong perjuangan Perikatan Nasional (PN) tidak dibayar dan mereka mencipta kandungan secara sukarela.
“Kita nak beritahu, ‘TikTokers’ kita bekerja tanpa bayaran dan atas sebab itulah kita capai kemenangan pada hari ini,” katanya pada ucapan penggulungan sempena Muktamar PAS ke-69.
Katanya, PAS diajar berjuang tanpa mengharapkan balasan, membezakannya dengan parti lain.
“Kalau kamu rasa kamu berjuang menggunakan duit, itu hak kamu. Perjuangan kita ikhlas untuk menegakkan kalimah Allah, itu yang mulia, yang suci, itu yang harus faham,” katanya.
Sebelum ini Menteri Ekonomi, Rafizi…
