
PAS nafi akan berkongsi pentas bersama Barisan Nasional untuk mengumumkan calon PRN Melaka.
Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS dijangka mengumumkan calon bertanding pada 28 atau 29 Okt iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.
“Setakat ini tidak. Kita akan umum pada minggu-minggu akhir, sama ada 28 atau 29 hari bulan,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, menurut Sinar Harian.
Semalam, Presiden Umno dan Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata partinya akan sepentas bersama PAS dalam pengumuman dijadual diadakan esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
“Insya-Allah di pentas yang sama dan di dewan yang sama, kita akan umumkan 21, mereka akan umumkan tujuh,” katanya.
Terdahulu, Zahid mengumumkan BN akan bertanding di 21 kerusi manakala PAS dan ‘rakan-rakan’ bertanding di tujuh kerusi, susulan…