PAS tidak mahu mengkhianati pengundinya dengan bekerjasama dengan kerajaan perpaduan, kata timbalan presidennya.

PETALING JAYA: PAS akan tetap setia dengan Perikatan Nasional (PN) walaupun seorang veteran DAP mencadangkan agar parti itu bekerjasama dengan kerajaan perpaduan, kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak akan sesekali mungkir janji dan mengkhianati pengundinya dengan meninggalkan PN.
“Tiada isu peribadi (terhadap DAP) melainkan kami kekal dengan janji kami kepada rakyat sewaktu kempen, dan kami tidak akan membohongi pengundi kami (tidak bersama PN),” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Tuan Ibrahim mengulas cadangan Lim Kit Siang di blognya pada Isnin agar kerajaan perpaduan menawarkan untuk bekerjasama dengan PAS pada PRN akan datang.
Minggu lepas, pertemuan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz di Kota Bharu,…