

Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad berkata kerjasama antara PAS, Pejuang, Berjasa dan gerakan Reset, sekiranya ia akhirnya menjadi parti politik, mampu menjadi ‘platform paling stabil’ untuk memajukan agenda Melayu-Islam.
Dalam hantaran di Facebook, Iskandar berkata walaupun kumpulan-kumpulan itu perlu berkerja ke arah matlamat yang satu, usaha menyatukan mereka bakal berdepan tentangan.
“Kerjasama mereka akan cuba digagalkan,” katanya.
Kenyataan Iskandar dibuat ketika perhatian semakin tertumpu kepada Reset, sebuah gerakan yang dipelopori bekas timbalan presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin, selepas beliau dipecat daripada parti itu pada Februari lalu.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah berkata gerakan itu bertujuan…