
Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah mengesahkan menerima permohonan PAS Perlis melantik penyelaras bagi DUN Guar Sanji, Bintong dan Simpang Empat yang tiada wakil rakyat, tetapi mesyuarat exco memutuskan penghulu dilantik bagi memantau Pusat Khidmat Menteri Besar ditubuhkan di tiga kawasan itu.
Beliau berkata permohonan penyelaras itu dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis Ahmad Ali, Perikatan Nasional (PN) negeri dan Majlis Tindakan DUN.
Menurutnya, PAS mencalonkan bekas menteri besar yang juga Adun Sanglang Shukri Ramli sebagai penyelaras DUN Guar Sanji menggantikan bekas Adun Ridzuan Hashim, Adun Santan Muhammad Azmir Azizan sebagai penyelaras DUN Chuping dan Adun Kayang Asrul Aimran Abd Jalil untuk DUN Bintong.
Tetapi, katanya mesyuarat exco minggu lalu…