Naib Presiden PAS Idris Ahmad tidak menyebut nama namun dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

GOMBAK: Seorang pemimpin PAS menganggap individu yang memimpin negara ketika ini sebagai seorang yang tidak mengenang budi apabila setelah berkuasa dengan menyerang pimpinan PAS termasuk Presiden Abdul Hadi Awang.
Naib Presiden Idris Ahmad membangkitkan perkara itu tanpa menyebut nama, namun dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini antara pemimpin yang dipertahan parti itu selepas dipecat dari Umno pada 1998.
“Malam ini kita di tempat yang dulu merupakan tempat yang kita cetuskan ucapan-ucapan reformasi, tapi apa boleh buat apabila dia ada kuasa, dia perkecilkan macam-macam. Tak ada apa, PAS ini hati besar.
“Walaupun kami pernah berbakti dengan kamu, kami pernah berjasa dengan kamu, walaupun dewan ini…
