Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PAS pertaruh Samsuri di Kemaman | Free Malaysia Today (FMT)

today16 November 2023

Background


Ahmad Samsuri Mokhtar diumum sebagai calon PAS PRK Kemaman.

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar diumum sebagai calon PAS PRK Kemaman pada 2 Dis.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu malam ini.

“Saya yakin dan percaya seperti disebut pelbagai pihak, kita perlu meneruskan agenda gagasan besar ini bukan sahaja di peringkat negeri tetapi pusat,” katanya.

Samsuri yang juga naib presiden PAS akan menentang bekas panglima angkatan tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 66, daripada Barisan Nasional (BN).

Pada PRU15, Che Alias Hamid daripada PAS menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said mewakili BN.

Namun kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya. PAS tidak merayu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post