Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PAS pilih peranan semak dan imbang di Perlis, kata Adun

today8 January 2026

Background


Dewan Undangan Negeri DUN Perlis
PAS akan main peranan semak dan imbang selepas menolak pelawaan menyertai pentadbiran Perlis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Enam wakil rakyat PAS akan berperanan sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran Perlis diterajui Bersatu, kata Adun Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad.

Bercakap kepada FMT, bekas exco kerajaan Perlis itu berkata Menteri Besar Abu Bakar Hamzah ada mempelawa mereka untuk menyertai pentadbiran negeri tetapi pimpinan PAS pula meminta menolaknya.

“Kami akur kepada keputusan pimpinan tertinggi parti.

“Kami akan berperanan untuk semak dan imbang, kebajikan rakyat jadi keutamaan kami,” katanya kepada FMT.

Wan Badariah Wan Saad.
Wan Badariah Wan Saad.

Wan Badariah berkata walaupun tidak memegang jawatan exco, semua Adun PAS kekal bersama dalam kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) itu.

“Kami Adun PAS masih bersama dalam kerajaan negeri yang ditadbir oleh PN.

“Cuma tidak akan menerima jawatan exco,” katanya.

Pendirian itu selaras dengan ketegasan dibuat Timbalan Presiden PAS…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post