
PETALING JAYA: PAS meramalkan akan berlaku kerajaan campuran selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana yakin tiada satu parti mampu berkuasa tanpa sokongan gabungan berasingan, kata naib presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, berpandukan kepada situasi politik semasa negara, ditambah dengan kehadiran beberapa parti baharu dilihat tiada pihak yang mampu menjadi dominan.
“Jadi, untuk membentuk kerajaan semua pihak perlu mendapat sokongan daripada parti lain. Oleh yang demikian semua pihak perlu terbuka jika wujudnya kerajaan campuran selepas ini (PRU15).
“Dari segi cara pembentukan, perlu menunggu selepas PRU15,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, bagaimanapun andaian berlaku atau sebaliknya hanya…