
KUALA LUMPUR: PAS merapat barisan untuk memperkukuh hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang berlangsung lebih tiga jam di ibu pejabat parti itu hari ini.
“Memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional untuk menghadapi PRU15, atas prinsip penyatuan ummah,” katanya dalam kenyataan.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya “nasib” Umno, hanya melambaikan tangan, mengunci mulut dan terus meninggalkan media.
Mesyuarat hari ini membincangkan hubungan kerjasama antara Umno dan Bersatu.
Sebelum ini murshidul amnya Hashim Jasin berkata PAS sedang meneliti hubungan antara Umno dan Bersatu apabila kedua-dua parti berkenaan saling menetapkan syarat berkaitan kerjasama politik…