
PETALING JAYA: Parti politik yang ingin bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor disaran menamakan calon menteri besar dan barisan exconya untuk dinilai pengundi.
Bendahari PAS Pusat, Iskandar Abdul Samad berkata pengundi lebih cerdik dan bermaklumat kerana tahu siapa yang akan menerajui pentadbiran, jika sesebuah parti atau pakatan politik memenangi PRN.
“Amalan hanya menamakan calon menteri besar dan juga barisan exco selepas memenangi pilihan raya adalah amalan lapuk ketinggalan zaman dan tidak sesuai di negeri maju seperti Selangor.
“Kenyataan seperti undi saja kami, nanti kami tahulah nak buat apa, tidak lagi dapat diterima dalam politik moden hari ini sepertimana telefon Nokia 3010,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, sekiranya parti politik serius memenangi PRN, calon mereka mesti berkemampuan…