
PAS bersedia menyokong Barisan Nasional (BN) dengan menyumbang kerusi dimenangi sekiranya gabungan itu tidak memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas PRN Johor, Sabtu ini.
Malah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkata BN boleh menjadi menteri besar dan partinya tidak akan menuntut sebarang jawatan exco
“Kalau Umno menang, Umno jadi menteri besar. Suka hati Umno nak lantik exco orang dia atau siapa. Kalau sekiranya ada kelemahan (Umno tak cukup kerusi), PAS boleh tampung kelemahan itu bergantung kepada kerusi yang kita menang, mungkin (boleh bentuk) kerajaan dengan ‘simple’ majoriti.
“Kalau nak majoriti dua pertiga, kalau PAS cukup kerusi, cukup jumlah PAS boleh tampung. Atau tak cukup majoriti campur PAS, PAS boleh tampung.
“Yang penting kuasa…