
PAS menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’, menyifatkannya sebagai langkah terbaik bagi memastikan ia dijalankan secara telus dan bebas campur tangan eksekutif.
Ahli Parlimen Bachok, Syahir Che Sulaiman, berkata beliau bersama Ahli Parlimen PAS lain menyokong inisiatif digerakkan Bersih bagi menubuhkan RCI berhubung dakwaan itu.
“Kami mahu siasatan telus dan bebas campur tangan eksekutif. RCI adalah langkah terbaik,” katanya kepada FMT.
Syahir yang juga setiausaha politik presiden PAS berkata, jumlah 34 Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan setakat ini tidak semestinya mencerminkan pendirian sebenar Dewan Rakyat.
Katanya, terdapat Ahli Parlimen yang mungkin tidak sempat menandatangani memorandum itu kerana tidak berada di Parlimen ketika wakil Bersih mengumpulkan…