
PETALING JAYA: PAS tidak bersama gerakan boikot kedai serbaneka KK Super Mart, kata Ketua Dewan Ulamak Pusat Ahmad Yahya.
Katanya, walaupun mengambil pendirian berbeza, namun parti itu tidak menyokong perbuatan mempersendakan kalimah Allah, merujuk isu penjualan stoking tertera kalimah suci itu.
Beliau berkata, isu boikot KK Mart itu tidak boleh disamakan dengan gerakan menolak entiti perniagaan milik Israel.
“Oleh itu, PAS tidak ambil pendekatan untuk boikot. Kalau melihat ucapan atau ulasan daripada pemimpin PAS, tiada seorang pun pemimpin kami yang minta memboikot KK Mart.
“Cuma pimpinan PAS mahu tindakan tegas dikenakan kepada orang yang bertanggungjawab. Kalau sudah ada tindakan, saya yakin isu ini akan reda,” katanya menurut Sinar Harian di Ampang.
Pada 19 Mac, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menggesa umat Islam boikot KK…