Hot FM

PAS takkan jaringkan gol sendiri, Fadhli beritahu Zahid


Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata parti itu tidak akan sesekali bergabung dengan pasukan lawan untuk ‘menjaringkan gol sendiri’.
PETALING JAYA:

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyindir Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi yang mengkritik parti itu menukar “tiang gol”.

Zahid hari ini dilaporkan berkata, BN tidak mempunyai sebarang kerjasama yang dimuktamadkan dengan PAS bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

Katanya, BN mengambil pendekatan tidak terlalu yakin dengan kenyataan pemimpin PAS kerana pendirian parti itu boleh berubah mengikut perkembangan politik.

Fadhli berkata, walaupun strategi politik PAS mungkin memerlukan fleksibiliti, matlamat parti itu tidak akan berubah.

“PAS tetap akan berusaha menjaringkan gol di gawang lawan dan tidak akan sama sekali jaringkan gol sendiri. Dalam proses jaringkan gol itulah, strategi, pemain bahkan jurulatih sekalipun sentiasa perlu ditukar ganti jika perlu.

“Jangan bimbang, selagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version