
PETALING JAYA: Strategi PAS terus menyerang Umno dan DAP tanpa menawarkan dasar memanfaatkan rakyat berisiko menyebabkanya ‘dihukum’ sekali lagi pada PRU16, selepas tewas PRK Kuala Kubu Baharu, kata penganalisis.
Menurut Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berbaki dua hingga tiga tahun sebelum mandat dikembalikan semula kepada pengundi, PAS yang menunjangi PN dilihat ketandusan idea apabila terus memainkan kempen naratif lama.
Katanya, parti itu sepatutnya memperkenalkan satu gagasan idea baharu lebih menyeluruh supaya masyarakat dapat menilainya secara serius sebagai satu alternatif kepada kerajaan perpaduan yang ketika ini menyediakan pelbagai inisiatif untuk orang ramai.
“Jika mereka tidak terbuka mengubah pendekatan dan kerajaan perpaduan konsisten memperkenalkan lebih banyak lagi dasar…