
PAS kekal berpendirian membuka ruang kerjasama dengan Umno demi penyatuan umat Islam, walaupun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menegaskan sokongan parti itu pada PRN Johor bukan petanda wujudnya kerjasama politik.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Annuar Musa berkata, pendirian PAS tidak berubah walau apa juga kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan Umno.
“Kita menghormati apa juga pendirian Umno, tetapi PAS ada pendirian sendiri,” katanya kepada FMT selepas melawat Bilik Operasi PN Air Merah, Endau.
“Walau apapun kenyataan yang dikeluarkan Umno, ia tidak mengubah pendirian PAS bahawa kita membuka pintu kepada kerjasama dan perbincangan dengan semua parti, lebih-lebih lagi Umno.
Annuar menambah, PAS tidak akan mendahulukan sentimen atau emosi dalam soal hubungan…