

Muhyiddin Yassin diingatkan mengenang kembali jasa PAS mengangkatnya sebagai perdana menteri susulan tohmahan ‘toksik’ terhadap parti itu yang kini menerajui Perikatan Nasional (PN), kata Hamzah Zainudin.
Presiden Wawasan berkata, tidak wajar mana-mana pihak menuduh sesuatu parti sedemikian rupa tanpa mengambil kira sumbangan dan peranan PAS dalam perjalanan politik gabungan tersebut.
“Macam mana dia boleh kata toksik? Tanpa PAS, Muhyiddin tidak boleh menjadi perdana menteri. Tanpa Umno, Muhyiddin tidak boleh menjadi perdana menteri.
“Maka, janganlah menuduh orang toksik. Kita kena ingat sejarah bagaimana orang luar atau parti lain membantu kita sehingga kita boleh menjadi perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pertemuan bersama calon Sikamat dan Ampangan.
Hamzah turut mengingatkan Muhyiddin bahawa PN…