Menerusi video di akaun TikTok @secretflavorshanghai, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang chef berkongsi tentang suasana ketika berada di sebuah majlis perkahwinan di Shanghai, China.
Difahamkan, dia juga mempunyai sebuah restoran masakan Melayu di Shanghai. Di dalam video itu, dia memberitahu dia telah menerima pesanan untuk menyediakan hidangan makanan Melayu untuk majlis perkahwinan pasangan warganegara tersebut.
Menurutnya, pasangan itu telah memilih hidangan masakan Melayu seperti nasi lemak, sate, kuih-muih, teh tarik dan banyak lagi lauk lain sebagai hidangan di majlis perkahwinan mereka.
“Orang China kahwin pun nak makan makanan Malaysia,” katanya.
