Kreativiti Tan dan Lee turut terpamer pada rekaan bentuk kostum apabila mereka meletakkan unsur batik dan bunga.
“Kami cipta corak berbentuk batik dengan menggunting motif bunga dalam pelbagai warna. Apabila selesai, saya tersedar coraknya menyerupai pakaian tradisional Cina dan India. Ia terasa sangat berciri Malaysia,” kata Tan.
Menurutnya, mulut singa itu mempunyai mesej tersembunyi pada aksara Cina ‘Fu’ yang bermaksud ‘berkat’.
Tambah Tan, semasa Tahun Baharu Cina, ia adalah peringatan untuk bercakap dengan kata-kata yang baik dan berkongsi kebahagiaan dengan orang di sekeliling kita.
Dengan bantuan ibu Lee, pasangan itu telah mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan kostum tersebut, meskipun prosesnya sangat rumit.
“Ia kerja rumit. Berat kepala singa itu harus bawah 4kg, tetapi jadi 5kg selepas kepingan-kepingan plastik dilekat.
“Semasa persembahan, penari mesti mengangkat kepala ini selama 10 minit, jadi ia sangat mencabar,” kata Tan.