Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14kg dadah

today7 January 2025

Background


Gavel
Cheng Ee Fei dan Chan Pei Een didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. (Gambar Pexels)

JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Dis lalu.

Cheng Ee Fei, 32, dan Chan Pei Een, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dengan anggaran berat 14.42kg di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam di tepi jalan Persiaran Mutiara Mas dekat Skudai sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 28 Dis lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan maksimum 15 kali…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post