
CHUKAI: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lalu.
Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Mengikut pertuduhan kedua-dua mereka secara bersama sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas bayi itu didapati telah mengabaikan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai ayam di Jalan Air Putih di sini antara pukul 7 hingga 7.15 pagi, 18 Mei lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama,…